Monday, August 17, 2009

konvo..

hi...kawan-kawan semua pergi ke konvo tak..?bestnya..semua abang dan kakak kita telah menerima ijazah mereka dengan bangga sangat lah..kita pun kenalah belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang baik dan menerima ijazah pada masa yang ditetapkan..maksudnya tidak tertangguh lah..sebab sakit hati tahu kalau kita tak dapat konvo dengan kawan-kawan kita kan...mesti kita boleh buat yang baik...tak lama lagi untuk kita konvo tahu...tak sabar aje untuk konvo..tapi belum habis pun bab 1(tesis)!!!he..he..kelakar kan...

Monday, August 10, 2009

bagaimanakah sesuatu bahasa pupus???

Bagi pendapat saya, setiap bahasa mempunyai keunikan tersendiri. setiap bahasa mempunyai frasa,klausa,sintaksis yang tersendiri. Itulah keistimewaan setiap bahasa. Sesuatu bahasa pupus sebab berlakunya pertembungan bahasa.hasilan daripada pertembungan bahasa akhirnya memberi kemerosatan pada bahasa tersebut. hal ini dirujuk sebagai "kematian bahasa". punca-punca kematian bahasa terdiri daripada:
  1. Anjakan bahasa-language shift=penggantian bahasa satu bahasa ke satu bahasa yang lain menjadi medium komunikasi dalam komuniti penutur bahasa tersebut.misalnya, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai pengganti untuk Bahasa Melayu dalam semua bidang sebagai andaian sahaja, boleh dikatakan masyarakat melayu telah mengalami anjakan bahasa. iaitu penggunaan daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris.
  2. Tidak mengamalkan pengekalan bahasa-language maintenance= kewujudan penerusan dalam penggunaan sesuatu bahasa iaitu menerima persaingan yang kuat daripada kewilayahan dan sosial pihak atasan atau pihak-pihak berkepentingan perlulah peka dan berusaha untuk mengekalkan keunikan bahasa sendiri..misalnya di negara kita, walaupun kita menerima persaingan yang kuat daripada Bahasa Inggeris tetapi kita masih mengekalkan Bahasa Melayu kita sebagai bahasa rasmi. Iaiu penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik..tetapi dengan berjayanyan kita dapat mengekalkan bahasa kita.
  3. Sikap penutur= sikap penutur memainkan peranan penting dalam menjaga kewibawaan sesuatu bahasa. semakin hari semakin, bahasa perlulah meluas dari segi penggunaan kosa ilmu,tatabahasa dan kosa kata dan sebagainya. barulah bahasa itu dianggap berkembang dan dalam keadaan selamat..tetepi kebanyakan bahasa yang mengalami kepupusan disebabkan oleh sikap penutur itu sendiri..iaitu tidak bangga dengan menggunakan bahasa mereka sendiri dan mengganggap bahasa mereka tidak membawa apa untuk mereka bermakna bahasa tidak membantu dalam kehidupan mereka...sehinggalah mereka tidak menyampaikan bahasa itu kepada warisnya..bermakna hanya warga emas sahaja dapat memahami dan bercakap dengan bahasa mereka dan golongan dewasa hanya dapat memahaminya, dan dimana golongan muda pula tidak faham langsung dengan bahasa ibunda sendiri..dan akhirnya bahasa mengalami kematian selepas kematian golongan warga emas..